Wednesday, October 13, 2010
Cadar
Sudah seminggu aku menggunakan cadar yang sama. Aku bukak cadar itu dari katil ku. Aku mencari cadar yang lain di dalam almari. Aku sarungkan balik cadar yang baru. Katil aku kini nampak lebih segar.
Friday, October 8, 2010
Talifon Bimbit
Selepas 2 jam bercakap di talifon bimbit ku, aku kehabisan kredit dan tenaga bateri. talifon bimbit ku juga terasa panas. Aku mengambil alat mengecas talifon bimbit untuk mengecas talifon aku yang kehabisan bateri.
Tuesday, October 5, 2010
Microwave
Perut ku terasa lapar. Aku lihat di dapur tiada makanan. Tiada makanan juga di dalam tudung saji. Aku mula mencari makanan didalam peti sejuk. Aku membelek-belek di setiap penjuru peti sejuk, apa yang terdapat didalam bekas makana. Aku jumpe mee goreng smalam. Aku pun memanaskan nya di dalam microwave, lebih pantas dan senang.
Pintu
Aku dapat rasakan angin masuk ke dalam rumah dan terasa dingin. Aku melihat tingkap, tetapi tingkap tertutup rapi. Jadi aku melihat pintu di hadapan. Benar dugaan ku yang pintu terbuka. Aku menutup pintu dan menguncinya.
Monday, October 4, 2010
Garu
Lutut aku terasa kurang selesa. Seperti ada semut sedang lalu di lutut aku. Sedikit geli, sedikit gatal. Aku menarik seluar ku sehingga paras lutut. Aku tidak tahan dan mula menggaru lutut yang rase kegatalan. Terasa lega dan lutut ku berbintat kerana gatal.
Cahaya
Jam di dinding menunjukkan waktu pukul 1 pagi. Aku terasa ngantuk.Lampu masih bercahaya. Aku tidak mampu tidur dalam keadaan yang terang. Aku mengambil keputusan untuk mematikan lampu itu.
Sunday, October 3, 2010
Mendidih
Air dalam cerek sudah habis. Aku ambil cerek, dan mula menadah air hingga penuh. Setelah penuh, aku angkat cerek ke atas dapur untuk masak air. Aku menghidupkan dapur dengan memutar suiz dapur gas. Aku menunggu air hingga mendidih.
Sidai
Sebelum mandi, aku tukar pakaian dan pakaian yang sudah aku gunakan aku letakkannya didalam mesin basuh. Aku letak sabun secukupnya. Selesai mandi, aku pergi ke mesin basuh dan mengambil pakaian yang ada didalamnya untuk dijemur diluar.
Saturday, October 2, 2010
Mandi
Aku baru balik dari senam. Aku berlari sekeliling taman. Badan aku berbau dan berpeluh-peluh. Aku tidak selesa dengan keadaan yang sebegini. Aku mengambil tuala, kemudian aku pergi ke bilik air untuk mandi.
Pokok Bunga
Aku keluar ke hadapan. Aku melihat pokok-pokok di hadapan rumah ku. Terdapat juga pokok bunga. Aku bukak paip air, maka aku menyiram air ke pokok-pokok tersebut.
Friday, October 1, 2010
Keluar
Aku bangun dari tempat duduk ku. Aku capai kunci yang berada di meja. Aku gunakan kunci itu untuk membuka pintu hadapan. Aku buka pintu dan aku keluar dari rumah.
Lagu
Bilik ku sunyi. Aku hidupkan komputer. Aku tekan Start dan memilih perisian Winamp. Aku memilih lagu untuk dimainkan. Bilik ku sudah tidak sunyi kerana ada bunyi lagu.
Subscribe to:
Posts (Atom)